Jom Umrah bersama pimpinan PAS Kawasan Hulu Langat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


PAS Kawasan Hulu Langat berterima kasih atas maklumbalas terhadap program Umrah Khas bersama YDP,TYDP,Ketua Pemuda,Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Urusan Ulama PKHL yang julung kali dianjurkan bersama Assolihin.

Matlamat & tujuan penganjuran program ini:

  1. Program Umrah ini ialah program mencari dana untuk PKHL, fokus ialah memohon sumbangan/infaq dan bukan fokus keuntungan komersial;
  2. Justeru itu program ini kita tampilkan sebagai retreat/rehlah ibadah bersama pimpinan sebagai daya tarikan utama program;
  3. Inilah masanya salah satu peluang terbaik kita untuk menunaikan umrah dan promosi umrah di samping membantu meyumbang dana kpd jamaah;
  4. Program ini juga menawarkan pakej harga eksklusif di atas beberapa kelebihan berikut:

A. Penganjuran musim cuti sekolah (pakej umrah musim cuti sekolah biasanya harga pakej lebih mahal daripada hari biasa)

B. Lokasi hotel(Hilton/Safwah/Zam-zam) yang dekat dengan Masjidil Haram (10m depan) dan Concorde di Madinah (30m dari masjid Nabawi)

C. Fullboard (3 kali penyediaan makanan)

D. Kemudahan rawatan perubatan di klinik berhampiran (Menara Zam-Zam) melalui penggunaan medical card yang dikhaskan pada setiap peserta;

E. Ziarah khas ke Thaif di samping kebiasaan ziarah umrah luaran dan dalaman;

F. Pengisian slot tazkirah khas oleh pimpinan dan bimbingan mutawif PKHL;

G. Program bacaan alFatihah bersanad dan bimbingan bacaan alQuran berkumpulan serta pelbagai aturcara khas yang lain;

H. Bimbingan minimum 3 kali umrah bersama mutawif;

I. Peluang untuk mendaki gua Hira bersama mutawif (optional/pilihan); dan

J. Tiada kos tersembunyi lain, malah kos visa baharu turut diserap di dalam pakej ini.

  1. Semoga Allah membalas jasa semua pihak yang turut serta menyumbang tenaga, fikiran,  wang ringgit dan seumpamanya bagi menjayakan misi infaq dana jamaah ini.

Jom renungi hadis Rasulullah SAW tentang ganjaran orang yang menunjukkan jalan kepada orang lain melakukan kebaikan, apatah lagi menyumbang/berinfaq untuk orang lain berbuat baik.

Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Mafhumnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]

Daripada Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Mafhumnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).” [Riwayat Muslim (2674)]

Semoga sumbangan/infaq kita yg sedikit ini mendapat ganjaran pahala berganda-ganda dari Allah SWT serta diganjarkan seperti ganjaran pahala mereka yg melakukan ibadah umrah nanti…amin ya Rab!

والسلام عليكم ورحمة الله

Ikhlas daripada JK Program Umrah Khas bersama Pimpinan PKHL.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *