Matlamat Islam vs Matlamat Komunisme dan Sosialisme (Siri 1)

KHAMIS | 12 DISEMBER 2019

Oleh Dr F.Ashaari

🚩 Fahaman seperti komunisme, marxisme dan sosialisme merupakan fahaman yang tidak mempunyai misi kehidupan selepas mati seperti Islam. 🔥Matlamat kehidupan mereka ialah materialistik ialah untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini sahaja.

‼Adakah mereka cakna tentang dosa pahala, halal haram, syurga neraka? TIDAK, kerana parameter mereka bukan al-Quran dan Hadis. Mereka mementingkan keadilan, kesaksamaan, menentang kemiskinan dll berdasarkan kepada LOGIK yang mereka fikirkan sahaja.

🚩Tiada dalam kamus perjuangan mereka untuk membawa hidayah Allah kepada manusia kerana tumpuan mereka adalah untuk kesejahteraan hidup di dunia sahaja. Cuba sebutkan mana-mana tokoh pejuang komunisme, marxisme dan sosialisme; adakah mereka memperjuangkan Islam dan mengajak beriman kepada Allah? 

🚩Matlamat hidup seorang Muslim ialah beriman kepada Allah dan mencari keredoanNya yang membolehkannya masuk syurga Allah. Dia juga berusaha untuk memastikan Islam dapat ditegakkan dalam dirinya, keluarganya, masyarakat dan negaranya. Muslim yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju ini bagaikan tiada kompas dalam kehidupan. 

ADA DUA PERSOALAN YANG SERING DIKEMUKAKAN

🚩 PERSOALAN 1 – Perjuangkan keadilan dan memerangi kemiskinan ada dalam al-Quran dan juga dibawa oleh Rasulullah?

JAWAPAN: Ya, memang keadilan dan memerangi kemiskinan ada dalam Islam, tetapi itu tidak bermakna Islam dan komunisme/ sosialisme itu sama sepenuhnya. Terdapat perbezaan yang mendasar dari sudut pandangan tentang ketuhanan dan kehidupan. Begitu juga, terdapat perbezaan yang mendasar jawapan kepada tiga persoalan berikut “dari mana kita datang?, apa yang perlu dibuat?, ke mana sudahnya kehidupan ini?” 

Analogi: Manusia dan beruk makan aiskrim. Adakah manusia dan beruk itu serupa?

🚩PERSOALAN 2– Ada penganut komunis yang menunaikan solat?

JAWAPAN: Memang ada, tetapi itu tidak bermakna fahaman komunisme adalah berpepatan dengan Islam. Islam bukan setakat solat sahaja, tetapi Islam adalah suatu cara hidup yang bukan hanya solat, tetapi juga ekonomi, politik, pendidikan, kenegaraan dan sebagainya. Perbuatan individu tertentu tidak menggambarkan keseluruhan komunisme kerana fahaman ini tidak mementingkan agama.

Sebagai seorang Islam, kita perlu memperjuangkan Islam yang terdapat di dalamnya agenda keadilan, kesaksamaan dan keharmonian seperti mana yang diperjuangkan oleh isme2 yang lain. Sekiranya ada kelemahan dalam kalangan orang Islam, bukan bererti Islam itu tidak sempurna, tetapi orang Islam yang tidak melaksanakan tugas tersebut. 

Allah berfirman:
وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ‌ۖ فَإِنِ ٱنتَہَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٲنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ

Maksudnya: Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah (kerosakan dan kemaksiatan), dan agama Allah dapat ditegakkan. (al-Baqarah: 193)

Sumbet: Dr. Muhamad Faisal

MATLAMAT ISLAM vs MATLAMAT KOMUNISME DAN SOSIALISME (Siri 1)Fahaman seperti komunisme, marxisme dan sosialisme…

Posted by Dr. Muhamad Faisal on Rabu, 11 Disember 2019

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *