AHAD | 15 DISEMBER 2019
KANTAN PERMAI, SEMENYIH – Program Jejak Kasih Pemilih berdaftar anjuran JPRD Semenyih siri ke 9 diteruskan di Taman Kantan Permai, Semenyih. Sambutan daripada pemilih berdaftar amatlah baik dan ramah. Pengarah JPRD Semenyih, Sdr Ali Murad berkata,”Alhamdullilah, program bersiri Jejak Kasih Pemilih DUN Semenyih siri ke 9 ini telah berjaya mendaftarkan beberapa orang ahli baru PAS dan juga bertemu secara langsung pemilih berdaftar secara berkunjung rumah ke rumah”.
Kedengaran juga keluhan daripada pengundi-pengundi yang rasa tertipu dengan janji-janji yang telah diberikan semasa mengundi pada PRU 14 yang lalu & mereka menyatakan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada PRU ke 15 nanti. Tahniah atas pilihan untuk bersama dengan perjuangan PAS demi menegakkan syiar Islam di tanahair tercinta,Malaysia bumi bertuah