PAS Pilihanku.. Alhamdullilah!

AHAD | 15 DISEMBER 2019

KANTAN PERMAI, SEMENYIH – Program Jejak Kasih Pemilih berdaftar anjuran JPRD Semenyih siri ke 9 diteruskan di Taman Kantan Permai, Semenyih. Sambutan daripada pemilih berdaftar amatlah baik dan ramah. Pengarah JPRD Semenyih, Sdr Ali Murad berkata,”Alhamdullilah, program bersiri Jejak Kasih Pemilih DUN Semenyih siri ke 9 ini telah berjaya mendaftarkan beberapa orang ahli baru PAS dan juga bertemu secara langsung pemilih berdaftar secara berkunjung rumah ke rumah”.

Pengarah JPRD Semenyih,Sdr Ali Murad bersama penjejak Kasih Pemilih berdaftar di Taman Kantan Permai,Semenyih

Kedengaran juga keluhan daripada pengundi-pengundi yang rasa tertipu dengan janji-janji yang telah diberikan semasa mengundi pada PRU 14 yang lalu & mereka menyatakan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada PRU ke 15 nanti. Tahniah atas pilihan untuk bersama dengan perjuangan PAS demi menegakkan syiar Islam di tanahair tercinta,Malaysia bumi bertuah

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *