Sumbangan RM50K untuk program Jom Kembali ke Sekolah 2020

SABTU| 14 DISEMBER 2019

SHAH ALAM – Setiap tahun telah menjadi rutin dan tradisi buat Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor dengan kerjasama NGO prihatin untuk beri sumbangan untuk program Kembali ke Sekolah.Pada tahun ini, Shah Alam telah dipilih untuk program ini.Ketuanya, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong hadir merasmikan program penyampaikan sumbangan “Kembali ke Sekolah 2020” berjumlah RM50K yang dikumpul oleh NGO Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor bersama dengan NGO yang lain iaitu:

1.SINERGI HARTANAH

2.MEDICOM

3.BAKIT

4.PAPISMA

5.NISA

6.PEKA

Didalam ucapan perasmian Tuan Haji Mohamad Jan Sulong menghargai usaha yang telah dilakukan oleh NGO yang prihatin dengan keperitan ekonomi semasa yang menghimpit sara hidup masyarakat dengan menganjurkan program ini.Katanya,”Golongan korporat yang dimurahkan rezeki Allah swt diseru membantu hulurkan sumbangan kewangan kepada NGO untuk melakukan kerja amal untuk kebaikan golongan yang memerlukan”.

Menurut pengarah program Kembali ke Sekolah 2020, Tuan Haji Mohd Yusoff bin Mohd Nor, seramai 200 peserta daripada golongan B40 ,ibu tunggal dan anak yatim yang layak menerima sumbangan ini.Program ini diakhiri dengan takzirah oleh Ustaz Muhammad Amin buat semua peserta dan ibu bapa yang hadir.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *