Bayblade menyerang Bandar Bukit Mahkota

AHAD | 21 Disember 2019

BANDAR BUKIT MAHKOTA – Meriah sungguh pagi Ini di padang seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota dengan kehadiran peserta pertandingan Bayblade anjuran DACS Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat dengan kerjasama Pemuda PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota. Pertandingan ini disertai oleh pelbagai peringkat umur dari 7 tahun hingga 18 tahun yang berhimpun dengan satu misi mencari juara terhebat pemain Bayblade di Dun Semenyih.

Peserta bayblade burst memburu misi juara
Ketua Umno Bandar Bukit Mahkota, hj Razali turut meriahkan program pertandingan Bayblade Burst ini

Perasmian disempurnkan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Langat,Tuan Haji Mohamad Jan Sulong yang mengucapkan tahniah kepada Ketua Dewan Pemuda PAS, Tuan Zukh Ahmad, DACS DPPHL dan Pemuda PAS cawangan BBM diatas penganjuran julung kalinya pertandingan Bayblade ini dikalangan kanak kanak dan remaja. Turut serta di program ini adalah Ketua UMNO Cawangan Bandar Bukit Mahkota, Haji Razali. Program ini juga diselitkan dengan slot takzirah untuk peringatan buat anak muda yang bakal memimpin negara ini dan juga kaunter daftar ahli PAS. Diakhir program ini, seramai 10 penerima sumbangan “Kembali ke Sekolah 2019” turut diraikan.

YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Haji Mohamad Jan Solong memberikan ucapan perasmian Pertandingan Beyblade Burst anjuran DACS DPPHL
Penyampaian sumbangan Kembali ke Sekolah 2019 oleh YDP PKHL
Kaunter Jom Daftar Ahli Pas oleh DPPHL

Sumber :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2810814158981924&id=187422421321124

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *