Ceramah Perpaduan Ummah Siri 2: Selamatkan Malaysia

AHAD | 21 Disember 2019

Rinching Hilir, Semenyih – Ceramah Perpaduan Ummah “Selamatkan Malaysia” Parlimen Hulu Langat diadakan pada Jumaat,20 Disember 2019 bertempat di D’rinching Kg Rinching Hilir,Semenyih merupakan siri ke 2 selepas Dusun Tua. Program CPU2019 ini merupakan platform terbaik bagi taawun Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO menjelaskan kepada masyarakat umum berkaitan isu semasa politik tanahair Malaysia. Sambutan amat menggalakkan daripada ahli PAS , UMNO dan masyarakat setempat.

Ketua Dewan Muslimat PAS Hulu Langat, Puan Hajah Zaiton Ahmad turut hadir ke CPU2019

Penampilan pemidato hebat daripada UMNO oleh Dato Mohamad Alwi Che Mad dan PAS oleh Tuan Haji Roslan Dato Shahrir, Setiausaha PAS Selangor. Dato Johan Aziz didalam ucapan aluan berkata UMNO dan PAS perlu seiring sejalan didalam memastikan kerjasama Muafakat Nasional ini berjaya. Beliau juga amat bebesar hati dengan sambutan menggalakkan program CPU2019 ini dan akan diteruskan dengan siri ke 3 di Taman Kantan Permai. Seterusnya didalam ucapan aluan bagi pihak PAS, YDP Pas Kawasan Hulu Langat, Tuan haji Mohamad Jan Sulong berkata, “PAS dan UMNO adalah bersaudara atas dasar Islam. Persengketaan selama berdekad mengajar kita betapa permusuhan ini tiada memberi kebaikan antara kedua parti islam-melayu ini. Maka,kita perlukan jalin dan kekalkan ukhuwah didalam Muafakat Nasional ini agar dapat berikan solusi dan alternatif terbaik kepada kerajaan PH kini,”.

Pemidato PAS, Tuan Haji Roslan SMS menekankan betapa bahayanya ideologi komunisme yang ingin dirasionalisasikan oleh kerajaan PH sekarang ini sebagai simbol pejuangan kemerdekaan. Sejarah membuktikan bahawa pengganas komunis merupakan musuh negara bukannya pejuang kemerdekaan.

Dato Mohammad Alwi Che Ahmad didalam ucapannya menekan betapa UMNO dan PAS perlu seiring sejalan didalam Muafakat Nasional ini agar masyarakat dapat menerima kerjasama ini sebagai pilihan di PRU15 nanti.Disamping itu, beliau menjelaskan tentang sejarah UMNO sehinggalah terbentuknya kerjasama Muafakat Nasional ini.Penutup program dengan bacaan doa oleh Dato haji Alwi.

sumber : https://www.facebook.com/810805322278617/videos/830237300749567/

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *