Sumbangan Kebajikan “Kembali ke Sekolah 2020” untuk masyarakat India Hulu Langat disyukuri

AHAD | 29 Disember 2019

Nanding,Hulu Langat : Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Langat bersama Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan PAS Hulu Langat serta Dewan Pemuda PAS Selangor telah mengusahakan sedikit sumbangan bersempena program back to school untuk masyarakat India di sekitar DUN Dusun Tua khususnya bertempat di Pejabat Dewan Pemuda di Nanding,Hulu Langat semalam.Para penerima di kalangan penduduk Taman Alam Jaya, Suntex, Taman Seri Nanding dan Taman Titiwangsa telah dipilih untuk menerima sumbangan ini sekaligus sebagai salah satu usaha menyuburkan hubungan di antara pelbagai kaum serta agama.

Sumbangan berbentuk derma, barangan alatulis dan beg yg juga sumbangan dari Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Selangor, walaupun bukan suatu bentuk sumbangan yg besar namun mudah2an memberi erti yg bermakna kepada para penerima.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Shahril Adha (Naib YDP PAS Hulu Langat) yg hadir ke Lokasi program di Baitul-Ikhwan Pejabat Pemuda PAS Hulu Langat DPPHL di Taman Lagenda Suria untuk merasmikan program serta menyampaikan sumbangan diringi Tuan Shafarin Baharom Pengerusi Lajnah Kebajikan PKHL serta En. Ramu Ketua DHPP Hulu Langat serta team nya.

Tidak lupa sahabat2 Pemuda PAS Hulu Langat yg hadir membantu mempermudah urusan serta perjalanan program sehingga selesai. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada para penderma dan penyumbang yg tidak pernah jemu dalam menyokong serta mendokong kerja2 kebajikan di Hulu Langat ini melalui berbagai bentuk sumbangan khasnya kewangan.

Dalam tempoh beberapa hari berbakti cuti sekolah hujung tahun ini Jabatan Pilihanraya DUN Dusun Tua dengan kerjasama Lajnah Kebajikan DPPHL akan terus berusaha menyalurkan sumbangan back to school kepada keluarga yg memerlukan.

Pengarah
Jabatan Pilihanraya DUN JPrD Dusun Tua
merangkap
Pengerusi
Lajnah Kebajikan
Dewan Pemuda PAS Hulu Langat.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *