Pembuangan Sisa Terjadual Secara Haram dan Pencemaran Sungai di Kawasan Hulu Langat

Kenyataan Media PAS Kawasan Hulu Langat

Isnin | 30 Disember 2019

Rakyat telah dikejutkan lagi dengan kejadian pencemaran Sungai Semenyih pada lebih kurang dua minggu yang lepas. Ini menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah dihentikan operasi pada 21 Disember 2019. Ini telah menjejaskan 336, 930 akaun pengguna di Selangor yang bergantung bekalan air daripada loji tersebut. Berita tersebut boleh dirujuk melalui link berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/640823/pencemaran-sungai-semenyih-336930-akaunterjejas

Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini telah berlaku pada tahun ini (2019) seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Air Urus Selangor (LUAS) pada link berikut mengenai pencemaran pada 26 Jun 2019:

https://www.luas.gov.my/v3/images/KenyataanMedia/2019/KENYATAAN-MEDIA-PENCEMARAN-BAU-DISUNGAI-SEMENYIH-01.pdf

Ia juga terjadi lagi pada 28 September 2019 seperti kenyataan LUAS di link berikut:

https://www.luas.gov.my/v3/images/KenyataanMedia/2019/PENCEMARAN-SISA-BAU-PELARUT-DI-SUNGAISEMENYIH.pdf

Jika dikira pencemaran yang telah berlaku pada tahun sebelumnya, perkara ini sudah menjadi satu kelaziman yang menyebabkan kesusahan kepada sebahagian besar rakyat di negeri Selangor yang maju ini.

Walaupun pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan laporan polis untuk pencemaran yang terkini, siasatan untuk pencemaran yang lepas pun masih belum menemui punca atau pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab berdasarkan berita terkini. Sementara kami menunggu hasil siasatan yang selalunya panjang dan mungkin tidak berkesudahan, PAS Kawasan Hulu Langat menggesa rakyat untuk menjadi mata dan telinga negara kita dalam isu ini.

Sekiranya kita ternampak aktiviti tidak normal berkaitan pembuangan sesuatu bahan di tempat yang tidak sepatutnya atau menjumpai tapak pelupusan haram buangan terjadual, segera melaporkannya kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui nombor berikut:

Talian Aduan: 03-8889 1972 atau Hotline: 1-800-88-2727

dengan memberikan maklumat berikut:-

i) Lokasi tapak;

ii) Nombor pendaftaran dan jenis kenderaan yang disyaki;

iii) Maklumat mengenai pihak yang terlibat.

PAS Kawasan Hulu Langat juga menyeru rakyat untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan sisa terjadual melalui link berikut:

https://www.doe.gov.my/portalv1/info-untuk-industri/maklumat-umum-buangan-terjadual/soalan-lazimmengenai-buangan-terjadual/392

Rakyat yang berpengetahuan tinggi dan peduli dalam isu alam sekitar akan membantu JAS untuk melindungi alam sekitar dengan lebih berkesan, mempercepatkan pendakwaan dan pensabitan terhadap penjenayah alam sekitar dan mengelakkan kemungkinan berlakunya campurtangan politik. Sekian, terima kasih.

Mohamad Jan Bin Sulong

YDP PAS Kawasan Hulu Langat

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *