Skuad Kebajikan on-call PAS Bandar Seri Putra anjur Resolusi Keluarga Sejahtera 2020

Ahad | 19 JANUARI 2020

Bandar Seri Putra,Dun Semenyih – YDP Pas Hulu Langat,Haji Mohamad Jan Sulong merasmikan Resolusi Keluarga Sejahtera 2020 anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS cawangan Bandar Seri Putra bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Bandar Seri Putra.Didalam ucapan beliau berkata keluarga yang sejahtera memainkan peranan penting didalam membina masyarakat sejahtera dan seterusnya negara yang aman dan sejahtera. Seramai 26 keluarga daripada golongan B40 sekitar Bandar Seri Putra hadir ke program tersebut.Skuad Kebajikan on-call PAS Cawangan Bandar Seri Putra ditubuhkan untuk menyantuni golongan B40 dan mereka yang memerlukan bantuan kebajikan. Program resolusi Keluarga Sejahtera 2020 dengan tema “Reset Minda Cemerlang” ini bermatlamat untuk transformasi diri peserta dengan ilmu pengurusan kewangan bijak, imej dan juga pembentukan keluarga sejahtera.Diakhir program satu resolusi keluarga Sejahtera 2020 telah dicapai dan akan dilaksanakan di masa terdekat.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *