Tahniah DHPP Hulu Langat: 150 keahlian baru sokong PAS

SELASA | 21 Januari 2020.

SHAH ALAM- PAS Selangor menerima borang keahlian Dewan Himpunan Pendokong PAS dari Kawasan Hulu Langat seramai 150 orang.

Borang keahlian diserahkan oleh wakilnya iaitu Dato Dr Pannir Selvam yang juga bekas Naib Ketua Cabang PKR di Hulu Langat kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut Dato Pannir, beliau amat kecewa dengan parti lamanya dan kerajaan Malaysia pada hari ini serta berazam untuk membantu dan bekerja untuk PAS. Beliau menyatakan akan berusaha mendapatkan seramai mungkin keahlian DHPP melalui kenalan-kenalan beliau.

Majlis tersebut juga diserikan dengan penyerahan borang ahli PAS dari kawasan Bangi oleh Us Shafie Ngah YDP PAS Kawasan.

SEKRETARIAT PENERANGAN
Lajnah Penerangan & Media Baru
PAS Selangor

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *