Sumbangan Kebajikan Masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina 2020

SABTU | 25 JANUARI 2020

Taman Alam Jaya,Hulu Langat – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat DPPHL dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS DHPP & PAS Kawasan Hulu Langat telah memberikan sumbangan kebajikan kepada 26 penerima terdiri daripada masyarakat Cina di Taman Alam Jaya,Hulu Langat pada Sabtu lepas,18 Januari 2020.Majlis disempurnakan oleh YDP Pas Kawasan Hulu Langat,Tuan Haji Mohamad Jan Sulong. Ketua DPPHL,Tuan Zukh Ahmad bersama pimpinan DHPPHL turut hadir didalam majlis tersebut.

YDP dalam ucapan beliau menzahirkan ucapan tahniah buat Lajnah Kebajikan DPPHL yang telah berjaya mendapatkan 26 kit kebajikan untuk para penerima sumbangan ini.Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan masalah penduduk setempat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan taraf ekonomi. Disamping itu juga dapat mengerat hubungan sesama kaum.

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3040403589317288&id=100000430311553

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *