Hidayah itu milik Allah…

Jumaat | 17 April 2020

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.”
(Surah At-Taubah : 60)

Bandar Bukit Mahkota, Kajang – Pada tanggal 15 April.2020 bersamaan 22 Sya’ban 1441H merupakan tarikh yang sukar dilupakan oleh seorang saudara baru yang bernama Balamurugan yang telah diberikan hidayah Allah swt untuk kembali kepada fitrah iaitu memeluk agama Islam. Menurut Sayyid Qutb, muallaf ialah golongan manusia yang kembali kepada Islam serta kekal dan beramal kepada Islam. Dikatakan kembali kepada Islam kerana fitrah kelahiran seseorang manusia itu semasa bayi adalah ibarat sehelai kain putih bersih. Ibubapa yang mencorak dan mewarnakan agama bayi itu. Seorang bayi yang dibesarkan dengan agama bukan Islam, dan akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam setelah beliau baligh dan berakal, dianggap kembali kepada fitrah kejadiannya semasa bayi.

Majlis pengislaman yang diuruskan oleh AJK Surau Apartment Nuri dan Persatuan Penduduk Apartment Nuri Seksyen 4 Bandar Bukit Mahkota. Saudara Balamurugan telah mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Persatuan Penduduk yang disempurnakan oleh Dr Nizar Abd Manan, disaksikan oleh Ustaz Nazri Othman dan En Nik Hassan Majid. Sumbangan ikhlas daripad pihak persatuan penduduk juga diberikan kepada saudara baru kita ini. Semoga beliau terus istiqamah dalam mempelajari agama Islam.

“Hidayah Milik Allah”
“Stay At Home”
“KitaJagaKita”

Posted by Muhd Nazri on Rabu, 15 April 2020

Posted by Muhd Nazri on Rabu, 15 April 2020

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *