Murabitun PAS Tulang Belakang Gerakan Islam …

Jumaat | 17 April 2020

Bandar Bukit Mahkota, Kajang – Dalam sesebuah organisasi pasti ada pimpinan dan ahli. Tanpa pimpinan, ahli tiada arah. Tanpa ahli pimpinan tak berarah. Saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha melaksanakan agenda parti yang tidak berpenghujung.

Baru-baru ini kami dikejutkan dengan berita dimana sahabat murabiton PAS , Sdr Ashar Kutut telah dimasukkan ke Hospital Serdang atas sebab masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau merupakan murabiton sepenuh masa dengan PAS, PASTI AR-RAIHAN ,ARC dan Jabatan Amal Malaysia yang dedikasikan masa dan tenaga untuk jamaah. Pemuda cawangan dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota berasa tanggungjawab dengan melancarkan sumbangan derma kilat bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Hulu Langat , Sdr Shafarin Baharom telah hadir bersama-sama ketua cawangan PAS Bukit Mahkota untuk menyampaikan sumbangan yang diterima kepada Murobitun Sdr Ashar Kutut. Katanya,”Umum melihat kebajikan masyarakat luar sering diambil perhatian, sedangkan kebajikan ahli diabaikan. Untuk kesekian kalinya, pihak Lajnah sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh agar kebajikan ahli dijaga dan tidak diabaikan smaa sekali di semu peringkat parti dari pusat hingga ke cawangan”.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *