Khidmat Malaysia bantu agih Bakul Makanan JKM kepada golongan B40

Jumaat | 17 April 2020

Kajang , Hulu Langat – Sebanyak 188 kit bakul makanan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengandungi keperluan dapur telah diambil oleh petugas Khidmat Malaysia yang dibantu bersama Jabatan Amal Malaysia dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Hulu Langat di pusat pengumpulan yang bertempat di Dewan Pusat Institut Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi. YDP Pas Hulu Langat, Tuan Haji Mohamad Jan Sulong turut serta didalam aktiviti tersebut. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKM dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga yang memberi kepercayaan kepada petugas Khidmat Malaysia dan PAS kawasan Hulu Langat untuk bersama-sama membantu mengagihkan bantuan bakul makanan JKM ini bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 dan PKP ini.

Bantuan bakul makanan ini diberikan kepada yang layak dan proses pengedarannya diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.Seramai 88 keluarga di DUN Dusun Tua dan 100 keluarga di DUN Semenyih menerima bantuan bakul makanan JKM ini yang disampaikan oleh petugas Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mewujudkan talian khas dalam menangani masalah keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak

Masyarakat yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian kasih iaitu 1599 atau menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada 019 261 5999.

Talian itu mempunyai ‘link’ dengan PDRM yang akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *