Ahad | 7 Jun 2020
Pengumuman PKPP hari ini,Ahad/7 Jun 2020 adalah kemuncak kepada bagaimana kita boleh belajar 20 pelajaran daripada kepimpinan seluruh barisan Ahli Kabinet yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yasin, Perdana Menteri kita
- Berilah yang terbaik, walaupun banyak cabaran.
- Telus dalam memberi maklumat berkenaan konflik.
- Bergerak dalam team, walaupun ada ‘preference’ kepartian masing-masing.
- Rakyat adalah keutamaan.
- Walaupun pernah jadi seteru, namun bila telah diputuskan bersama, terus bergerak ke hadapan.
- Layan isu yang pernah berlaku, tapi jangan lama sangat, untuk terus mata ke hadapan.
- Letakkan kepercayaan tinggi pada pegawai kerajaan yang tiada kepentingan kepartian.
- Jangan takut membawa Islam dalam pengumuman rasmi kerajaan.
- Rujuk pada pakar dalam bidang yang ditetapkan.
- Jangan tunjuk konflik depan rakyat, kawal dengan hikmah.
- Mesyuarat, dan pegang keputusan mesyuarat secara bersama.
- Isu politik itu penting, tapi bukan segala-galanya.
- Sentiasa beri kredit pada team, bukan diri sendiri.
- Hormati negarawan, jangan dibuka aibnya walaupun aibnya dibuka oleh bekas rakan.
- Jangan tinggal semua kalau tak boleh buat semua.
- Hargai orang bawah, berilah kata-kata semangat, bukan melemahkan walaupun byk kekurangan.
- Ambil tahu hal sekeliling, hatta mereka yang digelar netizen, dan raikan dalam ucapan.
- Sebutlah sesuatu dengan hati, agar sampai dan membumi.
- Jangan malu sebut maaf, walaupun jawatan kita no.1 dalam negara.
- Toleransilah dengan rakan-rakan sekeliling, kerana mereka inilah juga akan bantu perjuangan kita untuk rakyat.
Khairul Nadzir
Terima kasih PM dan seluruh warga frontliner negara Malaysia!
Sumber :https://www.facebook.com/100000567241292/posts/3538124126216461/