Covid 19: Sifar penularan kes positif di kalangan warganegara Malaysia & tinggi kes sembuh.

Selasa | 9 Jun 2020

Syukur Alhamdullilah,

Tiada kes penularan dalam negara di kalangan warganegara dicatatkan pada hari ini. Ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Negara, setelah pelbagai usaha dilaksanakan bersama-sama oleh semua pihak dengan menggunakan pendekatan seluruh jentera Kerajaan dan masyarakat (the whole of Government and society approach).

KKM telah menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes-kes harian penularan dalam negara di kalangan warganegara dan membandingkannya dengan graf pemodelan COVID-19 seperti yang telah diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), KKM, didapati ianya adalah sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan tersebut (kawasan biru). Ini sememangnya menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan serta pematuhan Rakyat Malaysia terhadap SOP dan saranan yang diberikan Kerajaan.

Sumber:

Tiada kes penularan dalam negara di kalangan warganegara dicatatkan pada hari ini. Ini merupakan pencapaian yang boleh…

Posted by Hisham Abdullah on Selasa, 9 Jun 2020

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *