Terima Kasih YAB PM.

Terima kasih YAB Perdana Menteri.

Benarlah PM kita kali ini
umpama jodoh pilihan orang tua.
Tak kenal sangat pun..
Minat pun tidak.
Suka pun tiada.
Cinta jauh sekali.
Yang pasti itu bukan calon di hati.

Kita suka pada yang lain.
Dah berjanji sehidup semati.
Tapi dia yang tak serius.
Sepanjang bercinta dia main2.
Semua janji dia mungkiri.

Akhirnya kita pasrah.
Kita ikut cakap orang tua.
Kita pun berkahwin tanpa rasa.
tanpa cinta.
tanpa percaya.
Biarlah apa nak jadi.
Kita sudah pasrah akibat terlalu kecewa.

Hari berganti minggu
dan minggu berganti bulan..
Tiba2 kita bagai tersentak
daripada mimpi yang panjang.
Kita baru tersedar.
Ohhh rupa2nya calon bukan pilihan ini sangat mengambil berat.
Sangat mengasihi.
Sangat menghargai.
Sangat menyantuni.

Rupa2nya juga,
karisma itu ada selama ini.
Cuma ia tertutup dengan sifat merendah diri.

Maka berbahagialah kita dengan pilihan kedua “orang tua” yang lebih mengerti.
“Orang tua” yang bersemayam
di balai rong seri.
Terima kasih tuanku berdua atas pilihan ini.

Bekas kekasih lama bagaimana?
ohhh dia masih terkejut sendiri.
Setiap hari menuduh kita dirampas calon bukan pilihan hati.
Hakikatnya peluang sudah diberi.
Tetapi dia sendiri yang tidak tahu menghargai.

credit FB SamSenin

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *