Pemuda PN Hulu Langat serah bantuan Bakul Makanan kepada anak muda di Parlimen Hulu Langat

ISNIN | 20 SEPTEMBER 2021 | TAMAN SRI NANDING, DUSUN TUA, HULU LANGAT

Sebanyak 3 Kaunter bergerak Padu Lalu telah dibuka secara berperingkat semalam bermula dari Pejabat Pemuda PAS Taman Sri Nanding Dusun Tua, Pejabat parti Gerakan Bandar Rinching dan Bilik Gerakan Bersatu Bandar Tasik Kesuma, Semenyih bagi Program Agihan Bakul Makanan Prihatin Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Langat.

Program ini telah digerakkan oleh gabungan Pemuda 3 parti komponen Perikatan Nasional iaitu Dewan Pemuda PAS Kawasan, Angkatan Anak Muda Bersatu dan Pemuda Gerakan Hulu Langat.

Dilaporkan, sebanyak 50 orang penerima anak muda yang terkesan akibat pendamik wabak covid-19 bagi setiap kauter bergerak telah menerima sumbangan ‘Bakul Makanan’ Prihatin Perikatan Nasional (PN) Hulu Langat ini.

Antara pimpinan parti yang hadir adalah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shahril Adha, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Ustaz Saupi Azran, Ketua Bersatu Bahagian Dato Radzi, Ketua Armada Bahagian Azhar Abd Razak dan Ketua Pemuda Gerakan Saudara Devan.

Tahniah diucapkan kepada anak muda PN gabungan Pemuda PAS, BERSATU dan GERAKAN atas sikap Cakna dan Prihatin kepada rakyat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19, diharapkan program ini dapat memupuk semangat Malaysia Prihatin, dan kita semua sebagai keluarga Malaysia.

Lajnah Penerangan & Media Baru

PAS Kawasan Hulu Langat

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *