Perutusan Ramadhan Al-Mubarak 1443H/2022M

PERUTUSAN RAMADHAN AL-MUBARAK
PAS KAWASAN HULU LANGAT

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

  1. Sempena ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, saya mewakili seluruh warga kerja PAS Kawasan Hulu Langat ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah lain sepanjang bulan ramadhan ini.
  2. Marilah sama-sama kita melipat gandakan amalan ibadah kita, jangan sesekali kita sia-siakan tawaran istimewa yang penuh rahmat dan keampunan Allah kepada hambaNya semoga kita dijauhi daripada neraka yang dahsyat azabnya.
  3. Disamping meningkatkan kualiti hubungan kita dengan Allah, kita juga digalakan menjaga hubungan kita sesama manusia. Marilah kita ambil kesempatan terbaik di bulan yang lebih baik daripada seribu bulan ini dengan kita sama-sama bermuhasabah dalam memelihara kesatuan ummah, menjaga kebajikan sesama kita dengan perbanyakkan infaq dan sedekah.
  4. Tingkatkan ukhwah dikalangan keluarga kita, keluarga Malaysia, ambil peluang ketika endamik yang telah diumumkan kerajaan ini dengan perbanyakkan ziarah sanak saudara disamping kita terus menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Perjuangan siasah Islamiah atau politik Islam ini menuntut pengorbanan yang tinggi dalam kita menegakkan maaruf dan mencegah kemungkaran. Demi menjaga aqidah saudara-saudara Islam kita yang kini terancam maka saya seru untuk kita semua bersedia hadapi sebarang kemungkinan sekalipun ranjau dan duri itu menuntut pengorbanan masa, tenaga dan harta kita.
  6. Akhir kalam, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan seluruh umat Islam berhati-hatilah dengan segala mehnah dan tipu daya dunia hari ini yang sangat mengelirukan, kepada Allah jua kita panjatkan doa semoga kita semua terselamat daripada fitnah dunia dan api neraka.

Sekian,

Muhammad Jan Bin Sulong
Yang Dipertua
PAS Kawasan Hulu Langat

•Terbitan Lajnah Penerangan PKHL

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=339900611508147&id=100064646324591

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *