Iftar Jamaei JPrD Semenyih bersama TPJ 2 PAS Negeri Sembilan

Sabtu | 8 April 2023 | Dewan Taska Tarbiyatul Aulad (TTA) Semenyih

“Sudah masuk waktu berbuka puasa? Mana lagi sahabat PAS kat DUN Semenyih?” Tanya Saudara Nazar Pengarah JPrD Semenyih.

Alhamdullilah program Iftar Jamaei anjuran JPrD Semenyih telah diadakan di Dewan TTA Ecohill, Semenyih telah berlangsung dengan jayanya. Seramai hampir 50 ahli PAS di Dun Semenyih hadir untuk berbuka puasa.

Selepas solat magrib, program diteruskan dengan kuliah Ramadan yang disampaikan oleh tetamu jemputan khas, Timbalan Pesuruhjaya 2 (TPJ 2) PAS Negeri Sembilan, Al Fadhil Ustaz Khairil Anwar Wafa.

Antara pesanan yang boleh kita ambil pengajaran adalah seperti berikut:

  1. Sebagai ahli sebuah Gerakan Islam, perbaikilah hubungan kita dengan Al Quran dan tingkatkan kefahaman terhadap apa yang kita baca. Bacalah sekurang-kurangnya 1 juzuk 1 hari.
  2. Gerakerja kita dalam gerakan Islam ada kaitan dengan kepimpinan.
  3. Membaca Al Quran itu sendiri menjadi kekuatan kepada Gerakan Islam itu. Maka, hubungan dengan Al Quran perlu sangat intim disamping hadam Tafsir Al Quran. Kita perlu faham dasar Perjuangan PAS adalah menyeluruh dari pelbagai aspek kehidupan.
  4. Al Quran:

Tahap 1 – Baca.
Tahap 2 – Faham.
Tahap 3 – Menghayati dan mengamalkan.

  1. Muhasabah untuk diri kita sebagai ahli jemaah supaya layak menjadikan Al Quran sebagai ‘dustur’ kehidupan.
  2. Ibrah & Pengajaran daripada Gerakan “Badar Qubro”

a) Setahun sebelum berlakunya Perang Badar Al-Qubra, Nabi dan sahabat telah mewajibkan diri dengan solat tahajud setiap malam sebagai persiapan membina kekuatan.

b) Nabi saw telah merisik untuk memdapatkan maklumat musuh melalui pedagang-pedagang. Perlu ada strategi dan data untuk mengenali musuh.

c) Nabi saw mengambil kira pandangan orang bawahan. Dalam konsep jemaah,kita perlu menerima pandangan ahli-ahli di peringkat cawangan. Perlu menjadi ahli cawangan supaya tahu susah payah gerak kerja di bawah dan kepentingan bermesyuarat.

d) Kebergantungan kepada Allah setelah kita buat kerja dulu, kemudian baru datangnya dana. Teruskan kerja kita dengan apa yang ada dahulu.

e) Kita mesti meletakkan bahawa apa yg kita buat adalah kerana Allah secara mutlak dan muktamad adalah kerana Allah demi mencari redha Allah. Yakinlah kemenangan itu adalah milik Allah.

f) Nabi juga mengadu kepada Allah SWT setelah berikhtiar dan serahkan keputusan kepada Allah SWT. Itulah antara ciri dan sifat tawaduk.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah kenapa Allah belum beri kemenangan. Adakah kerana masih banyak lagi ajaran-ajaran dan syarat-syarat terkandung di dalam Al Quran yang belum kita tunaikan.


Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *