Sambutan menggalakkan program Kembali ke Sekolah 2023 & Free Market Bdr Seri Putra

Sabtu | 8 April 2023 | Bandar Seri Putra

“Syukur Alhamdullilah,terima kasih banyak banyak,”

Itulah antara ucapan balas daripada 45 orang penerima sumbangan Kembali ke Sekolah 2023 yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Bandar Seri Putra semalam.

Program ini merupakan salah satu usaha membantu meringankan beban mereka yang memerlukan ketika sesi persekolahan 2023/2024 yang bermula pada Mac2023.

Program free market juga diadakan serentak bagi membuka peluang pemberi dan penerima sumbangan mendapatkan apa yang ada secara percuma Hanya perlu ucapkan terima kasih dengan senyuman manis.Program ini dirasmikan oleh YDP PAS Hulu Langat yang mengingatkan agar usaha kebajikan santuni mereka yang memerlukan ini perlu diteruskan lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini Moga usaha ini diganjari pahala demi mencari redha Allah.

Program ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Ust Nushi Dato Mahfodz. Beliau sampaikan takzirah buat semua peserta dan hadirin yang hadir.

Tahniah KC PAS Bandar Seri Putra,Hj Norhalimi & ajknya yang telah berjaya mendapatkan ahli baru PAS yang telah mengisi borang pendaftaran ahli.

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *