Meriah Program Masak Bubur Lambuk sempena Badar Al Qubra DUN Dusun Tua

Sabtu | 8 April 2023

“Masak apa tu?, kata Mat Jan Sulong Yang DiPertua PAS Hulu Langat

“Bubur lambuk,” balas Hj Hazih,Ketua PAS Cawangan Taman Kota Cheras

Alhamdullilah, program gotong royong masak bubur lambuk sempena sambutan hari Badar Al-Qubra di bulan ramadan ini bertempat di PASTI Cheras Utara Taman Megah. Aktiviti masak bubur lambuk ini merupakan program wajib setiap kali tibanya Ramadan. Seramai 30 Jentera PAS Dusun Tua mengembleng keringat & tenaga bermula jam 8.30pagi hingga malam hari jam 10.30mlm bagi menjayakan program ini.


Sebelum berbuka puasa, edaran bubur lambuk dibazar Taman Kota Cheras (TKC) disertai oleh rombongan PAS Kawasan Hulu Langat yang diketuai sendiri YDP Mat Jan Sulong, Pengarah JPRD Dusun Tua, Ustaz Saupi & Ketua Dewan Ulama, Ustaz Wahid Zainol Abidin.

Selain edaran bubur lambuk, ada beberapa program sampingan yang diatur antaranya Ziarah Kebajikan, Iftar & Solat Terawih diakhiri dengan Takzirah Badar Al-Kubra yang disampaikan oleh Ustaz Wahid.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat memberikan masa, tenaga dan wang ringgit bagi kelancaran program ini.

Moga diberkati usaha amal ini .

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *