Sambutan Hangat “Program Free Market” Ramadan PAS Kuala Pajam

Ahad | 16 April 2023 | Kg Kuala Pajam

“Apa itu konsep Free Market Ramadan ini?,” tanya salah seorang pengunjung.

“Konsep Free Market Ramadan ini adalah barangan daripada pemberi adalah PERCUMA. Hanya ucapkan terima kasih dengan senyuman manis sahaja oleh penerima,” balas Hj Ali Murad, Ketua PAS Cawangan Kg Kuala Pajam.

Suasana begitu meriah di tapak free market yang julung kali dianjurkan oleh JPrUDM Kuala Pajam dengan kerjasama PAS Cawangan Kg Kuala Pajam dan Kg Jalan 6 Kaki bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Kunjugan daripada Timbalan YDP PAS Hulu Langat, Hj Shahril Adha memberikan sedikit taujihat dan kata motivasi agar program seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

Tahniah buat semua AJK Pelaksana yang menjayakan program berkosepkan kebajikan ini.

Baca lanjut di link berikut:

https://www.facebook.com/100067107032709/posts/pfbid02UDSP16FsCSynH4yzHv2hkBpEvXwfS2S5xmmjj9aUNuwWoBdt3EBrBHA1PoSbfAhol/

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *