Ahad | 16 April 2023 | JPrD Semenyih
“Kita masak lagi sekali secara gotong royong bubur lambuk untuk kali ke 2 bulan Ramadan ini,” kata Saudara Nazar, Pengarah JPrD Semenyih.
“Edaran kali ini kita fokus kepada JPrUDM Bukit Mahkota,” tambah Pengarah.
Seawal pagi jam 7.30pagi, seramai 20 orang petugas telah pun bersiap sedia bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk masak bubur lambuk Ramadan. Seterusnya, membungkus pek bubur lambuk berlogokan PAS dan Perikatan Nasional BEST.
Selepas Asar, bubur lambuk yang telah siap dipek telah diedarkan di Bazar Ramadan Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra. Tidak sampai setengah jam semua pek bubur lambuk telah selesai diedarkan.
Syabas dan tahniah kepada semua petugas yang terlibat.