Minda Shariah Siri 1: Bagaimana Tabung Haji ditubuhkan?

Oleh M.Zubir

Prof Diraja Ungku Aziz berjaya tubuh Tabung Haji pada November 1962 hasil dia berani bentang kertas kerja dlm satu seminar bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tahun 1959

Beliau telah turun padang ke Kelantan dengan melihat orang kelantan menjual lembu dan kambing serta menanam padi untuk simpanan untuk tunaikan rukun Islam ke 5 iaitu Haji.Mereka menyimpsn duit hasil daripada usaha diatas di celah paloh. Apabila anak cucu memerlukan duit belanja, mereka ogeh dinding paloh maka jatuh duit simpanan tadi..

Dari apa yang dilihat itu, Pak ungku berfikir sudah ada keperluan untuk diadakan tempat simpan duit umat islam.

Begitu juga dengan isu jual lembu kambing utk pergi haji.Selepas balik haji jadi asnaf miskin dusebabkan modal pencarian mereka iaitu lembu kambing telah di jual untuk tunaikan ibadah haji

Pemikiran Kritika (Critikal thinking)

Terdetik persoalan di kepala Pak Ungku,adakah apabila buat shariah haji maka kita jadi asnaf miskin?

Hasil berfikir ini terhasil gerak kerja utk ummah.Maka beliau terus membuatkan kertas kerja dengan diskusi yang bermanfaat disamping berani bercakap suarakan idea untuk atasi permasalahan simpanan mereka yang ingin pergi tunaikan ibadah haji

Isu2 besar melibatkan Shariah dan perundangan negara akan berlaku reformasi jika 222 ahli parlimen berbahas tajuk dasar dalam parlimen.

YB 2 di peringkat negeri berbahas isu dasar dan polisi untuk negeri.

Bukan sekadar datang parliman utk ambil kehadiran seperti mana pelajar tadika Dan mencelah point of order2 mcm burung kakak tua tunggu nak mati.

Tanpa ada polisi shariah yg baharu utk di kemukakan.

Kaji isu lokal dan bawalah reform didalam negara kita..

Masih banyak isu yg perlu di selesaikan.

  1. Rakyat miskin
  2. Rakyah lemah literacy
  3. Negara mundur
  4. Rasuah parah
  5. Ekonomi lemah
  6. Dasar Shariah masih jauh ketinggalan dlm dasar negara
  7. Sistem perundangan dan kehakiman yg perlu kpd reform shariah

Kita perlu kpd Shariah Mind, Critical Thinking dan berani bertindak..mulakan dgn propaganda viral2 idea yg ada, jika diberi laluan..kita buat step by step insyaAllah.

Terima kasih
M Zubir
9 Syawal 1444h

Author: matlangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *