16 September , satu tarikh simbolik kesatuan semua negeri di semenanjung Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak yang bernaung di bawah satu payung membentuk negara terbilang MALAYSIA. Kita telah melangkah gagah 60 tahun hidup bersama dan membina negara dalam harmoni dengan prinsip saling hormat menghormati , bertoleransi dan menerima satu sama lain walau berlainan bangsa , budaya dan agama.
Masyarakat Melayu Islam dan bumiputera sebagai kaum majoriti Semenanjung Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak telah menerima dengan hati terbuka semua kaum yang ada untuk hidup bersama. Kesatuan ini membentuk satu federal yang menyatukan pentadbiran semua negeri dibawah satu naungan .
Adalah menjadi harapan kita semua agar keharmonian ini terus dijaga dan dipupuk untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Kita doakan kepimpinan di peringkat kerajaan persekutuan dan juga negeri-negeri termasuk di negeri- negeri di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dapat berkerjasama dengan baik dengan tidak menidakkan hak hak yang termaktub di didalam prinsip Federalisasi untuk memastikan semangat Malaysia terus di dukung oleh semua.
“SELAMAT HARI MALAYSIA”
Mohamad Jan Bin Sulong
YANG DIPERTUA PAS KAWASAN HULU LANGAT